Klik ! ..ke Blog Utama P.C.L

Sila mendaftar url blog anda di sini ...


Sila oh sila...Sila lah...

*entri paling ringkas menyatakan maksudnya seperti di tajuk post.  (sila tinggalkan url blog anda untuk saya masukkan dalam blog list  di halaman ini)

#ini bukan segmen blog atau giveayaw apa-apa... 

GiveAway Contest MasyghulOnline: Pelikat Pants




"Saya layak untuk memenangi hadiah utama kerana blog anda diperhatikan gelagatnya sebagai penganjur Giveaway yang berjaya dan Pelikat Pants adalah kegemaran saya ketika cuaca yang tidak menentu..sekejap hujan dan adakalanya panas berpanjangan, maka dengan memiliki Pelikat Pants khususnya pemberian dari hadiah GiveAway Contest MasyghulOnline akan menjadikan kenangan dalam igatan ukhuwah kepada blog MasyghulOnline itu sendiri" .


...emm Pelikat Pants Afdlin Shauki ...lama dah teringin  nak beli , nak pakai ketika cuaca seram sejuk dan panas ni..., dulu masa kat kampung memang juara pakai pelikat / sarung ...macam dah terbiasa nak ke kompleks pun kalau ikutkan hati nak pakai jugak ...tapi digelakkan oleh anak-anak ...kata dorang nanti tak pasal-pasal abah dipanggil mat bangla..huhu  sadisnya sampai macam tu sekali....

Pelikat Pants nak dimiliki tak kesampaian sehingga kini...sebab tak dapat sokongan moral dari orang terdekat...

Terlanjur di blog ni....nak habaq , aku memang suka tengok gelagat Afdlin, Johan , Tauke dan beberapa muka artis lain yang mengayakan Pelikat Pants.. awesome !

okalah..bye dulu. semoga ada rezeki anda dan aku juga hihi..

Gelagat anak jagaan mamaD..

Haii..salam tengahari ; pcl balik rumah walau sekejap selalunya dinantikan anak anak dibawah jagaan mamaD.

Begitulah gelagat mereka ...riuh rendah ; bermain sesama ...kadang waktunya semua elok belaka..baik je takda yang nangis nangis..

Hati mamaD pun senang..kalau tak , mau  pening @sakit kepala dibuatnya asyik melayan karenah..
Gelagat mereka selalu diperhatikan ...ni juga adalah suatu yang telah dipertanggungjawabkan..
InsyaAllah ; jaga anak orang kena betul Dan sentiasa ikhlas...Itu yang selalu aku ingatkan pada  mamaD.

#Aqeela , Afni Zulaikha , Syafi dan Mea... 4 budak kesemuanya penuh dengan gelagat masing masing yang menjadikan hari-hari begitu pantas berlalu...

Gelagat pemancing Patin di Sungai Langat , Banting..

Assalam... ini kejadian minggu lepas...hari kerja tapi petang time la..aku dah meroyan gila pancing, tak dapat pancing..tengok orang naikkan patin pon sudah baguss..

dapat jugak kau share dengan korang gelagat #kakipancing kat sini.. layan lah..

 

Gelagat makan free..rezeki namanya !

..semalam , jauh kami makan malam...makan steam boat @ Steam Boat Malaya berdekatan dengan Kota Warisan/BB Salak Tinggi ...

sesekali mak mertua datang , kakak n abng ipar belanja makan-makan, kami sekeluarga juga merasa tempiasnya..makan kami makan sampai tak larat sebab steam boat kan makan tanpa had dengan harga per kepala.. sakan !


alhamdulilaah kekenyangan sampai ke pagi.., pagi ni pulak cari makan ringan-ringan jer...

lempeng Wak Razak, memang masyhur di kalangan penduduk kat sini...mudah jer nak buatnya tapi beli tapaw lagi mudah rasanya...ihihii..

kalau semalam rm30 sekepala caj , ni pagi ni cuma 0.50sen sekeping... sempoi  lah..

warung Wak Razak @ Kanchung Darat, Banting ..

Gelagat Mat Motor..

ha haaar.. nampak tuh.. nampak tuh bertapa patuhnya dia si penunggang motosikal ini dengan undang-undang jalanraya..

gelagat selfie lagi atas motor masa motor gerak ; motor bergerak adalah dilarang sama sekali, sila abaikan dan jangan cuba tiru..bahaya !

aku sering ditanya oleh rakan sepejabat secara berseloroh.. "pagi tadi jalan tak jem ke bang??"..

sebenarnya jarak rumah aku dengan pejabat tidak jauh..malahan boleh nampak bangunan dari pintu rumah.. perli lah tuh !... sebab aku sering memakai topi kaleder walaupun dekat jer perjalanan..

#Gelagat orang memang tak kisah pasal keselamatan..sememangnya tak hirau ; tau kan ! , topi kaleder adalah satu alat perlindungan kepala bagi mereka yang berkepala lembut..

"kepala keras" tak perlukannya...mereka itu keras kepala dengan sikapnya.


model blog  Jun2014 ~PCL

Gelagat nenek dan cucu-cucunya ...

..cuti sekolah dah mula,  keluarga yang punya anak pastinya sudah merancang cuti untuk mereka...dan ramai juga ibubapa menghantar anak-anak mereka balik ke kampung tinggal bersama atuk dan nenek.

Cuti sekolah kali ni bagi Nina  dan Hanis cuma lah di rumh dan kawasan berdekatan sahaja..
Budak-budak zaman sekarang ni tak kisah sangat...ada komputer dah hilang rasa bosan tapi tu semua kena ada pemantauan dari ibubapa juga untuk memastikan mereka tidak buat sesuatu di luar jangkaan..

Keluar untuk makan-makan sekali sekala adalah sesuatu yang bermakna bagi mereka lebih-lebih lagi jika ada maktok sebagai peneman .

Inilah gelagat nenek melayan cucu-cucunya yang sempat aku kongsikan di sini..








Gelagat orang semangat jaga kesihatan..

..bersukan atau riadah yang boleh menyihatkan badan dan memcerdaskan fikiran adalah suatu aktiviti yang semakin dipandang serius oleh masyarakat global.

kesedaran tentang perlunya menjaga kesihatan selalunya lambat hadir dalam jiwa kita terutamanya masyarakat Melayu.

Kebanyakannya nanti tunggu nasihat doktor baru nak senam..itupun kalu pegi ambil ubat hospital..

Nanti nak potong kaki baru nak jaga bab makan dan seumpamanya..

Gelagat orang yang nak jaga semua tu aku perhatikan untuk cermin diri...

Jangan tunggu lagi..


Gelagat Ustaz ..

...sudah tiga tahun lebih dia sudah meninggalkan kami sekeluarga dan balu serta anak-anaknya yang empat orang itu buat selama-lamanya..

Raut wajah Ustaz Mohamad Abdullah saling tak tumpah mirip dengan wajah arwah adik aku..
Allahyarham juga adalah seorang Blogger separuh masa pada hayatnya dengan label Blogger Abah_Izz.

Allahyarham Nasir Ismail
telah kembali kerahmatullah
pada tarikh 14/3/2011 semasa usia 35 tahun.


Gelagat Ustaz Mohamad Abdullah di siaran tv Al-Hijrah semalam memgigatkan aku padanya..
Al-Fatihah. Semoga mendapat tempat bersama orang-orang soleh di sana. Aamin ya Rabbal'alamin.

ORANG SUKA MINUM AIR AIS KOSONG MESTI SUKA FAKTA INI



ORANG SUKA MINUM AIR AIS KOSONG MESTI SUKA FAKTA INI

Lebih sejuk air yang anda minum, lebih banyak kalori yang dibakar dalam badan anda kerana badan anda membebaskan lebih banyak tenaga untuk menghagatkan air tersebut.

Jika anda minum 8 gelas (64 oz) air ais sejuk dalam satu hari, anda akan membakar 70 kalori lebih daripada jika anda minum 8 gelas minuman suhu biasa.

Wah! Betul lah orang tua dulu-dulu cakap batuk jangan minum air ais. Sebab panas. Ye lah , rupanya meninggkatkan suhu badan. ooo.. Tapi bagus untuk kita yang nak cepat kurus ni!

Nak cepat kurus boleh minum ais banyak ! okay..

Namun di suatu sudut lainnya pula bila minum banyak ais sendi-sendi cepat pulak terasa lemah..., itulah kalau lepas main bola sepak kita terus minum air ais yang banyak boleh jadi  lembik lutut nak bergerak pon susah...ada pengajarannya bagi orang lelaki yang sudah berumah tangga...jangan amalkan sangat ais ; air batu ni... tak bagus kesannya untuk kebahagian pasangan. Pandai-pandai lah....