Klik ! ..ke Blog Utama P.C.L

GiveAway Contest MasyghulOnline: Pelikat Pants




"Saya layak untuk memenangi hadiah utama kerana blog anda diperhatikan gelagatnya sebagai penganjur Giveaway yang berjaya dan Pelikat Pants adalah kegemaran saya ketika cuaca yang tidak menentu..sekejap hujan dan adakalanya panas berpanjangan, maka dengan memiliki Pelikat Pants khususnya pemberian dari hadiah GiveAway Contest MasyghulOnline akan menjadikan kenangan dalam igatan ukhuwah kepada blog MasyghulOnline itu sendiri" .


...emm Pelikat Pants Afdlin Shauki ...lama dah teringin  nak beli , nak pakai ketika cuaca seram sejuk dan panas ni..., dulu masa kat kampung memang juara pakai pelikat / sarung ...macam dah terbiasa nak ke kompleks pun kalau ikutkan hati nak pakai jugak ...tapi digelakkan oleh anak-anak ...kata dorang nanti tak pasal-pasal abah dipanggil mat bangla..huhu  sadisnya sampai macam tu sekali....

Pelikat Pants nak dimiliki tak kesampaian sehingga kini...sebab tak dapat sokongan moral dari orang terdekat...

Terlanjur di blog ni....nak habaq , aku memang suka tengok gelagat Afdlin, Johan , Tauke dan beberapa muka artis lain yang mengayakan Pelikat Pants.. awesome !

okalah..bye dulu. semoga ada rezeki anda dan aku juga hihi..

2 comments:

  1. Salam PakcikLie PCL,
    Terima kasih kerana menyertai Contest pertama daripada kami yang tidak seberapa ini. Kami akan mengumumkan senarai pemenangnya pada 15 Julai nanti. Semoga berjaya.

    -admin-

    ReplyDelete