Klik ! ..ke Blog Utama P.C.L

Sila mendaftar url blog anda di sini ...


Sila oh sila...Sila lah...

*entri paling ringkas menyatakan maksudnya seperti di tajuk post.  (sila tinggalkan url blog anda untuk saya masukkan dalam blog list  di halaman ini)

#ini bukan segmen blog atau giveayaw apa-apa... 

GiveAway Contest MasyghulOnline: Pelikat Pants




"Saya layak untuk memenangi hadiah utama kerana blog anda diperhatikan gelagatnya sebagai penganjur Giveaway yang berjaya dan Pelikat Pants adalah kegemaran saya ketika cuaca yang tidak menentu..sekejap hujan dan adakalanya panas berpanjangan, maka dengan memiliki Pelikat Pants khususnya pemberian dari hadiah GiveAway Contest MasyghulOnline akan menjadikan kenangan dalam igatan ukhuwah kepada blog MasyghulOnline itu sendiri" .


...emm Pelikat Pants Afdlin Shauki ...lama dah teringin  nak beli , nak pakai ketika cuaca seram sejuk dan panas ni..., dulu masa kat kampung memang juara pakai pelikat / sarung ...macam dah terbiasa nak ke kompleks pun kalau ikutkan hati nak pakai jugak ...tapi digelakkan oleh anak-anak ...kata dorang nanti tak pasal-pasal abah dipanggil mat bangla..huhu  sadisnya sampai macam tu sekali....

Pelikat Pants nak dimiliki tak kesampaian sehingga kini...sebab tak dapat sokongan moral dari orang terdekat...

Terlanjur di blog ni....nak habaq , aku memang suka tengok gelagat Afdlin, Johan , Tauke dan beberapa muka artis lain yang mengayakan Pelikat Pants.. awesome !

okalah..bye dulu. semoga ada rezeki anda dan aku juga hihi..

Gelagat anak jagaan mamaD..

Haii..salam tengahari ; pcl balik rumah walau sekejap selalunya dinantikan anak anak dibawah jagaan mamaD.

Begitulah gelagat mereka ...riuh rendah ; bermain sesama ...kadang waktunya semua elok belaka..baik je takda yang nangis nangis..

Hati mamaD pun senang..kalau tak , mau  pening @sakit kepala dibuatnya asyik melayan karenah..
Gelagat mereka selalu diperhatikan ...ni juga adalah suatu yang telah dipertanggungjawabkan..
InsyaAllah ; jaga anak orang kena betul Dan sentiasa ikhlas...Itu yang selalu aku ingatkan pada  mamaD.

#Aqeela , Afni Zulaikha , Syafi dan Mea... 4 budak kesemuanya penuh dengan gelagat masing masing yang menjadikan hari-hari begitu pantas berlalu...

Gelagat pemancing Patin di Sungai Langat , Banting..

Assalam... ini kejadian minggu lepas...hari kerja tapi petang time la..aku dah meroyan gila pancing, tak dapat pancing..tengok orang naikkan patin pon sudah baguss..

dapat jugak kau share dengan korang gelagat #kakipancing kat sini.. layan lah..

 

Gelagat makan free..rezeki namanya !

..semalam , jauh kami makan malam...makan steam boat @ Steam Boat Malaya berdekatan dengan Kota Warisan/BB Salak Tinggi ...

sesekali mak mertua datang , kakak n abng ipar belanja makan-makan, kami sekeluarga juga merasa tempiasnya..makan kami makan sampai tak larat sebab steam boat kan makan tanpa had dengan harga per kepala.. sakan !


alhamdulilaah kekenyangan sampai ke pagi.., pagi ni pulak cari makan ringan-ringan jer...

lempeng Wak Razak, memang masyhur di kalangan penduduk kat sini...mudah jer nak buatnya tapi beli tapaw lagi mudah rasanya...ihihii..

kalau semalam rm30 sekepala caj , ni pagi ni cuma 0.50sen sekeping... sempoi  lah..

warung Wak Razak @ Kanchung Darat, Banting ..

Gelagat Mat Motor..

ha haaar.. nampak tuh.. nampak tuh bertapa patuhnya dia si penunggang motosikal ini dengan undang-undang jalanraya..

gelagat selfie lagi atas motor masa motor gerak ; motor bergerak adalah dilarang sama sekali, sila abaikan dan jangan cuba tiru..bahaya !

aku sering ditanya oleh rakan sepejabat secara berseloroh.. "pagi tadi jalan tak jem ke bang??"..

sebenarnya jarak rumah aku dengan pejabat tidak jauh..malahan boleh nampak bangunan dari pintu rumah.. perli lah tuh !... sebab aku sering memakai topi kaleder walaupun dekat jer perjalanan..

#Gelagat orang memang tak kisah pasal keselamatan..sememangnya tak hirau ; tau kan ! , topi kaleder adalah satu alat perlindungan kepala bagi mereka yang berkepala lembut..

"kepala keras" tak perlukannya...mereka itu keras kepala dengan sikapnya.


model blog  Jun2014 ~PCL

Gelagat nenek dan cucu-cucunya ...

..cuti sekolah dah mula,  keluarga yang punya anak pastinya sudah merancang cuti untuk mereka...dan ramai juga ibubapa menghantar anak-anak mereka balik ke kampung tinggal bersama atuk dan nenek.

Cuti sekolah kali ni bagi Nina  dan Hanis cuma lah di rumh dan kawasan berdekatan sahaja..
Budak-budak zaman sekarang ni tak kisah sangat...ada komputer dah hilang rasa bosan tapi tu semua kena ada pemantauan dari ibubapa juga untuk memastikan mereka tidak buat sesuatu di luar jangkaan..

Keluar untuk makan-makan sekali sekala adalah sesuatu yang bermakna bagi mereka lebih-lebih lagi jika ada maktok sebagai peneman .

Inilah gelagat nenek melayan cucu-cucunya yang sempat aku kongsikan di sini..