Klik ! ..ke Blog Utama P.C.L

Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Untuk permulaan dan sesi pengenalan kepada entri-entri yang berikutnya..ketahui apa itu atau definasi GELAGAT sebenarnya.

Maksud perkataan gelagat adalah : indication , behaviour , sign , perlakuan yang merujuk kepada seseorang atau sesuatu benda yang bernyawa.

Entri  berkisar kepada apa yang berlaku dipersekitaran penulis. Oleh kerana sikap penulis yang sering memerhati 'kelaku' orang , penulis akan menterjemahkannya dalam bentuk entri untuk dikongsikan bersama pembaca di sini.

Tujuan utama  berkongsi  apa saja gelagat makhluk di muka bumi Allah ini adalah untuk muhasabah..
setiap sesuatu perlakuan itu ada mesej tersendiri sama ada baik atau buruknya bergantung kepada penelitian dan pemahaman individu.

Penulis akan cuba menyampaikan secara santai dan mungkin akan menggunakan loghat utara yang lebih dekat dengan diri penulis pada sesuatu masa..

"memerhati bukan hanya dengan mata tapi adakalanya memerhati menggunakan pancaindera yang lain juga, ...semuanya adalah untuk mematangkan diri demi menempuh kehidupan yang mendatang".

wassalam dan ..

Terima kasih.



No comments:

Post a Comment